Friday, June 17, 2011

Father's Day sentiment

I'm not sure when the Father's Day is but they have talked about it on the radio. So I guess, it's either today or tomorrow or just around the corner (I remember it has to be on weekend, right?). Allow me write in BM for this entry.

--------------------

Dulu masa sekolah mesti ada kena buat karangan tentang emak, tentang ayah. Kalau pasal emak memang selalu berjela ayat nak buat karangan. Mak saya itulah, mak saya inilah. Maklah yang selalu jaga kami, maklah tempat kami mengadu, maklah yang didik kami sampai tiap-tiap kali periksa pun mesti dapat top 3. Tapi, bila kena tulis pasal ayah, saya selalu termenung dulu. Apa nak tulis pasal ayah? Ayah selalu tak ada kat rumah. Ayah jarang tolong mak buat kerja rumah. Ayah garang. Tapi, tiap kali menangis lepas kena marah atau bergaduh atau jatuh basikal, nama ayah juga yang dipanggil. Sampai abah (jiran sebelah yang jaga kami) selalu ajuk, ' Ayyyyaahhhhhh...ayyyaaahhhhh'. Masa kanak-kanak, tak faham lagi tentang pengorbanan ayah.

Ayah seorang yang ego tinggi. Kalau itu katanya, itulah. Kalau ini katanya, inilah. Kalau ayah tengah marah, janganlah diusik. Memang kena. Tapi itu dulu, masa darah muda. Masa kami, anak-anak 'batch pertama' kecil lagi. Sekarang adik-adik 'batch akhir' tu, memang sangat dimanjakan. Ayah tak cakap banyak. Lebih banyak diam. Tapi jelingan ayah, memang boleh buat kami menikus.

Bila dah besar, barulah faham tentang betapa besarnya pengorbanan seorang ayah. Memang ayah selalu tak ada di rumah. Balik rumah pun dah penat. Tapi kadang-kadang ayah balik mesti belikan kami sesuatu. Ingat lagi satu hari ayah balik bawa teddy bear. Itu first teddy bear saya. Gaya ayah ala-ala control macho ego-ego sikit tak cakap apa-apa pun terus hulur teddy bear pastu terus ke bilik. Mungkin sebab tu lah saya suka lelaki ego-ego sikit nih. hehe. Mak cakap, ayah bekerja keras nak sara kami.

Ayah bukan dari keluarga berada. Ayah kehilangan bapa pada usia muda. Sebagai anak lelaki sulung, dialah yang terpaksa menggantikan bapanya. Buat kerja sambilan. Terpaksa berjimat. Minum pun kadang-kadang minum air paip je. Sebab tu ayah selalu suruh kami berjimat. Tapi pada waktu yang sama, mungkin tak sampai hati tengok kami berala kadar sangat, ayah manjakan  juga kami dengan barang-barang mainan. Sampai sekarang, ayah sanggup buat apa saja asalkan anak-anaknya tidak berlapar dan dapat merasa sedikit kemewahan. Tapi kami jarang nak hargai semua tu. Ayah sayang kami tapi jarang nak luahkan.

Ayah adalah seorang anak yang baik. Tak pernah abaikan Atuk (nenek kami, tapi panggil Atuk Munah). Sekarang kami paham kalau ayah lamabt balik. Ayah akan selalu pergi jenguk Atuk. Ayah beruntung dapat isteri macam Mak yang memahami. Kalau nak cerita kisah Mak pula kat sini mungkin berjela-jela panjangnya.

Lewat ini, Ayah nampak semakin dekat dengan anak-anak. Mungkin sudah berumur, egonya sudah lusuh. Dua raya lepas, pertama kali tengok Ayah menangis. Bila kenang semula, kami patut tabik pada Ayah besarkan kami lapan beradik dengan sederhana. Banyak memori yang boleh menitiskan air mata. Biarlah tersimpan sahaja.

Ayah, terima kasih atas segalanya. Walaupun kadang-kadang nampak Kakak macam tak hargai sangat pengorbanan Ayah, tapi percayalah, Kakak betul-betul bersyukur ada ayah macam Ayah. Biasalah, kata anak Ayah, mestilah ego jugak.hehe. Kakak sayang Ayah tapi tak pernah nak luahkan. Terima kasih selalu ulang-alik Seremban sebab nak hantar kakak balik asrama. Terima kasih sanggup keluarkan duit simpanan sebab nak hantar duit ke Kakak di perantauan. Maaf, Kakak belum dapat lagi nak balas jasa Ayah dan Mak. Segunung emas pun belum tentu dapat balas semua jasa Ayah dan Mak. Selamat Hari Bapa.

1 comment:

  1. siot aa buat org sdeh je. kecik2 dlu selalu je ckap blakang psal ayah, xkasi buat itu la, xkasi buat ini la, garang sgt la. tp skang bila pkir2 blek, he does have his own way of raising his kids. and now setiap kali bngde call umah mesti ayah tnye duet ckup ke tak. setiap kali tu. yup he does have quite a big ego, no doubt about it, but he loves his kids. couldnt wait to be back home.

    ReplyDelete